Bank Negara Minta Kerjasama Pemaju Banteras Multiple Loan Submission / Loan Compression.

“Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank Malaysia (ABM) telah memaklumkan kepada REHDA mengenai dua masalah pembiayaan yang berkaitan dengan industri perumahan, iaitu:

• Loan compression (mulsub); di mana pembeli memohon pinjaman untuk beberapa unit dari pelbagai bank tetapi membuat pengisytiharan bahawa pembelian itu adalah untuk satu unit yang sama; dan

• Ketelusan harga jualan yang diisytiharkan oleh pemaju, di mana Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti menggambarkan harga bersih (net price) hartanah setelah menolak rebat dan potongan yang ditawarkan oleh pemaju.

Pemaju disarankan untuk memberitahu bank yang berkenaan sekiranya pembeli didapati melakukan pembiayaan untuk beberapa unit. BNM memandang serius kes-kes tersebut dan telah mencadangkan agar pembeli diminta membuat pengakuan sekiranya perkara itu terus berlanjutan.

Selain itu, REHDA juga ingin mengingatkan para ahlinya tentang kepentingan pematuhan undang-undang dan amalan bisnes yang baik, kerana bank tidak teragak-agak untuk menolak kemudahan pembiayaan bagi pemaju yang terlibat dalam salah laku.”

Baca: Teknik Multiple Loan Submission Tidak Patuh Syariah?

Rujukan:
Pekeliling BNM kepada REHDA
http://rehda.com/announcement-gallery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *