Sifu Hartanah di Malaysia

Ramai yang ingin belajar melabur hartanah. Tapi ramai tidak tahu hendak mula dari mana. Jom, kali ini kami kongsikan sifu-sifu hartanah yang berkelayakan dan berjaya. Nak tahu lebih lanjut selok belok pelaburan hartanah, apa kata anda follow mereka rapat-rapat. Mereka semua ini rajin berkongsi tips-tips, selok belok, nasihat dan status-status bermanfaat. Mereka adalah:

1) Tuan Hj. Ho Chin Soon

Mr Ho Chin Soon Sifu Hartanah di Malaysia

Mr Ho Chin Soon Sifu Hartanah di Malaysia

Nama yang tidak asing lagi dalam pelaburan hartanah. Sebut saja peta hartanah, pasti akan terkeluar nama beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Ho Chin Soon Research, seorang Jurunilai bertauliah di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Estet dan Pengurusan Hartanah, Malaysia dan Fellow di Pertubuhan Juruukur, Malaysia.
Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pelaburan hartanah lebih daripada 35 tahun manakala sayrikat beliau sudah ditubuhkan sejak 1989. Sehingga kini beliau sudah menulis lebih daripada 36 buah buku berkaitan pelaburan hartanah serta menghasilkan banyak peta dan pelan pembangunan di Malaysia.
Beliau sering ditemu bual media massa dan pendapat beliau tentang hartanah sering disiarkan dalam ruangan akhbar.

(Laman web: hochinsoon.com)

2) Habibullah Khong Sow Kee

315498 18ef03359bfd4449acb14c94c7f04b3b mv2 Sifu Hartanah di Malaysia

Beliau adalah seorang pelabur hartanah berpengalaman dan berjaya sehingga mampu menubuhkan syarikat pemaju hartanah. Dari segi Pendidikan, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam dari University Bradford dan seterusnya melanjutkan ke peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Open University. Beliau adalah seorang jurutera awam bertauliah.
Beliau terlibat secara lansung dalam pelbagai pembangunan hartanah di dalam dan juga di luar negara seperti projek perumahan di Johor, Cyberjaya dan pembangunan pusat dangangan antarabangsa di Vietnam. Di samping itu, beliau juga memegang jawatan penting dalam syarikat pemaju hartanah seperti menjadi Vice President di Fenting Properties dan Pengarah Urusan di Vietnam International Township Development JSC.
Pengalaman beliau dalam bidang pelaburan hartanah lebih 35 tahun dan setakat ini sudah menulis lebih daripada 3 buah buku pelaburan hartanah.

(Laman web: khongsowkee.blogspot.com)

3) Azizi Ali

41at9tR16YL. SX450 Sifu Hartanah di Malaysia

Azizi Ali merupakan secara profesionalnya adalah seorang juruterbang. Walau bagaimanapun beliau juga merupakan seorang pelabur hartanah, penulis dan penerbit buku yang terkenal di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai seorang ‘pelabur hartanah jutawan’, perunding hartanah dan kolumnis dengan Malaysian Business, Personal Money and The Star Property. Beliau juga kerap muncul di TV3, RTM, Astro Ria, NTV7, 8TV, Berita Radio di Singapura, RTB di Brunei, Radio Era, Radio 24 Bernama, BFM Radio dan Radio KL. Azizi adalah seorang Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC) dan juga memegang MBA daripada University of Bath, UK.
Beliau sudah berkecimpung lebih 30 tahun dalam pelaburan hartanah dan telah menulis pelbagai artikel dan telah menulis lebih daripada 33 buah buku yang semuanya berkaitan kewangan dan hartanah. Antara buku tulisan beliau ialah Jutawan dari Planet Jupiter, Lahirnya Seorang Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah, Pelaburan Unit Amanah, Senjata Paling Berkuasa, Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang, Ganda Wang Anda dan banyak lagi. Azizi Ali juga merupakan seorang yang amat rajin membaca dan dikatakan mampu membaca tiga buah buku dalam masa seminggu. Sehingga kini, beliau mengakui telah membaca kira-kira 800 buku mengenai kewangan.
Beliau telah memberi ceramah di hadapan lebih 500,000 peserta seminar dan kerap muncul di media massa. Antara organisasi yang telah menjemput beliau ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, LHDN, KWSP, CIMB, Eco-World, Tabung Haji dan Petronas. Azizi adalah pemegang Chartered Financial Consultant (ChFC), Capital Market Services Representative’s Licence (CMSRL), Islamic Financial Planner (IFP) dan juga memegang Ijazah Sarjana (MBA) dari University of Bath, UK.

(Laman web: millionairesplanet.com)

4) Dr Azizul Azli Ahmad

Sifu Hartanah di Malaysia

Sifu Hartanah di Malaysia

Nama yang tidak asing lagi, sering muncul di kaca TV berkongsi pandangan tentang kewangan dan pelaburan hartanah. Beliau mempunyai iajazah sarjana dan doctor falsafah dalam rekaan seni bina dalaman dari Univeristi Malaya dan merupakan seorang Pensyarah Kanan di UITM Seri Iskandar. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam pelaburan hartanah.
Beliau kerap ditemu bual oleh TV3, TV9, radio Ikim, Bernama, Sinar dan Utusan Malaysia. Beliau sangat aktif di media social terutama Facebook dalam berkongsi tips-tips kewangan dan hartanah dan seringkali menjadi viral. Setakat ini beliau sudah menulis lebih daripada 9 buah buku pelaburan hartanah.

(Laman web: rumahbuku.my)

5) Khairul Anuar Shaharudin

12512510 10153738084190568 3456079914648129531 n Sifu Hartanah di Malaysia

Beliau ialah seorang Peguambela & Peguamcara Bertauliah dan salah seorang pemilik sebuah firma guaman di Petaling Jaya. Beliau mula terlibak secara aktif sebagai peguam hartanah sejak tamat pengajian di univeristi sebelum membuka firma guaman.
Semenjak itu beliau telah memberi nasihat guaman tentang hartanah, mewakili pemaju perumahan, pembeli dan penjual dalam pelbagai transaksi hartanah sama ada hartanah siap dibina atau sedang dibina, rumah, pangsapuri dan pelbagai jenis hartanah. Beliau Sudah berkecimpung dalam bidang pelaburan hartanah lebih daripada 20 tahun.
Beliau berkelayakan akademik dalam bidang kewangan dan pelaburan hartanah, memegang Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) dari UKM dan Chartered Islamic Finance Professional dari INCEIF. Setakat ini sudah menulis lebih daripada 13 buah buku pelaburan hartanah.

(Laman web: lawyerhartanah.com)

6) Ahyat ishak

unnamed 11 Sifu Hartanah di Malaysia

Ahyat Ishak adalah seorang usahawan dan pelabur hartanah berjaya yang kini sudah 17 tahun melabur dalam hartanah. Beliau bermula sebagai individu yang memulakan kerjaya hidupnya secara sederhana.

Ahyat telah mulakan perniagaan pertama sejak tahun 1999 semasa dalam universiti dan beli hartanah yang pertama pada tahun 2003. Ahyat memiliki berbelas syarikat dan telah membeli puluhan hartanah. Beliau mempunyai pengalaman beli hartanah under-con, subsale dan lelong dari pelbagai kategori hartanah jenis rumah, komersil dan retail.

Ahyat sering kali dipanggil untuk berkongsi pengalaman pelaburan hartanah dan telah menulis beberapa buku tentang pelaburan hartanah. Beliau tidak menjual hartanah dan juga bukan seorang ejen hartanah. Namun beliau amat sanjung ejen hartanah kerana banyak bantu dalam perjalanan sebagai pelabur hartanah.

Selepas 8 tahun melabur hartanah, Ahyat mula mendidik masyarakat tentang ilmu hartanah pada tahun 2011 pada mulanya dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2013, Ahyat banyak memberi pengkhususan kepada penyampaian ilmu hartanah dalam bahasa Melayu supaya ilmu ini dapat sampai terus kepada orang kita yang sangat dahagakan dan sangat memerlukan ilmu ini.

(Laman Web: ahyat.com)

Wan Barista

Wan Barista

Merupakan wartawan utama portal KopiHartanah. Tugas beliau adalah memastikan website ini sentiasa berupdate.

Tinggalkan pandangan dan kritikan