Proses Sewa Rumah (melalui ejen hartanah berdaftar)
1. Cari rumah yang bersesuaian
Kenal pasti kawasan dan budget anda untuk rumah sewa yang dicari. Senaraikan faktor dan ciri-ciri utama yang dicari agar mudah untuk anda buat keputusan. Ada yang mencari rumah dekat dengan sekolah, tempat kerja, surau/masjid, ataupun rumah yang dekat dengan akses kepada highway. Mulakan dengan melakukan survey melalui portal-portal hartanah. Gunakan Google map & Google streetview untuk melihat kawasan yang dicari.
2. Hubungi ejen hartanah untuk tengok rumah yang diiklankan.
Pastikan ejen yang dihubungi bernaung bawah agensi hartanah berlesen (E) dan mempunyai nombor REN. Semak identiti mereka di website Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta. Kenalkan diri anda & sedikit latar belakang anda untuk rujukan ejen & tuan rumah. Maklumat pekerjaan, jumlah ahli keluarga atau penyewa yang akan tinggal bersama. Kongsikan juga budget & ciri rumah yang dicari kepada ejen supaya mereka boleh merekomenkan juga rumah lain yang mungkin bersesuaian dengan kita.
3. Periksa rumah yang bakal disewa
Ketika sesi “viewing” bersama ejen, periksa keadaan rumah. Pastikan sama dengan apa yang diiklankan. Lihat juga kawasan & kejiranan. Jika ada haiwan peliharaan, semak keizinan untuk membela haiwan peliharaan dengan pengurusan bangunan (untuk rumah strata) atau tuan rumah.
4. Isikan surat tawaran untuk sewa (Letter Offer To Rent)
Borang ini juga selalu disebut sebagai “booking form”. Sekiranya berminat dengan rumah yang sudah diperiksa & bersetuju dengan sewaan yang diminta oleh tuan rumah, isikan surat tawaran yang disediakan oleh ejen anda bersama dengan nilai deposit. Isikan syarat & terma seperti kelengkapan perabot, pembaikian rumah, atau apa-apa terma lain yang sudah dipersetujui bersama di dalam surat tawaran.
5. Bank-in deposit ke “Client’s account” agensi hartanah
Pastikan deposit dimasukkan ke dalam akaun klien agensi hartanah berdaftar. Akaun ini berfungsi sebagai pemegang amanah, sehingga tuan rumah menerima tawaran sewa anda & sign dokumen perjanjian penyewaan. Jangan sesekali memasukkan deposit ke akaun peribadi “ejen” atau akaun syarikat yang bukan agensi hartanah berdaftar. Dikhuatiri penyelewengan atau penipuan oleh “ejen” atau individu yang tidak bertanggungjawab. “Client’s Account” adalah akaun yang diaudit dan dipantau selia oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta. Akaun ini juga dilindungi dengan insurans sekiranya apa-apa kes petikaian dimasa akan datang melibatkan mahkamah.
6. Baca dan tandatangan surat perjanjian penyewaaan (Tenancy Agreement)
Perjanjian penyewaan perlulah jelas menerangkan perkara-perkara yang berikut;a) Alamat premisb) Tempoh penyewaan & tujuan sewac) Jumlah sewaan bulanan & tarikh bayaran bulanan.d) Maklumat penyewa & nombor untuk dihubungie) Maklumat tuan rumah nombor untuk dihubungi & nombor bank akaun untuk bayaran sewaf) Tanggungjawab tuan rumahg) Tanggungjawab penyewah) Syarat deposit dikembalikani) Terma-terma yang dipersetujuij) Kelengkapan perabot jika rumah disewa bersama perabot sekali
7. Ambil kunci dari tuan rumah
Selamat berpindah ke rumah baru! Mulai dari hari ini, anda perlu berhubung terus dengan tuan rumah anda berkenaan rumah yang disewa melainkan tuan rumah ada melantik pihak lain untuk mengurus rumah tersebut.