Peraturan Baru Pelaburan Hartanah

Malah sejak PKP bermula, ia telah memberi kesan kepada sektor pekerjaan. Sebagai tanda aras, Amerika Syarikat telah mengumumkan 17 juta penggangguran dalam masa hanya tiga minggu kebelakangan ini.Beberapa SME, atau mungkin kebanyakannya akan struggle untuk survive. Seterusnya, rakyat Malaysia akan cenderung untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Ini satu post yang panjang dan teknikal tentang hartanah. Dunia tidak akan sama lagi seperti sebelum ini. 

Malah sejak PKP bermula, ia telah memberi kesan kepada sektor pekerjaan. Sebagai tanda aras, Amerika Syarikat telah mengumumkan 17 juta penggangguran dalam masa hanya tiga minggu kebelakangan ini. 

Beberapa SME, atau mungkin kebanyakannya akan struggle untuk survive. Seterusnya, rakyat Malaysia akan cenderung untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Saya dan isteri pasti akan mengelak ke pusat beli-belah. Kami akan pilih lokasi yang paling tenang untuk secawan kopi. Kami akan berfikir dua kali sebelum ke restoran yang ‘popular’. Keramaian keluarga dan sambutan hari jadi akan menjadi ‘taboo’ buat masa sekarang. 

Saya bukan pesimis atau optimis, tapi saya pragmatis. Keadaan ini akan mengambil masa beberapa bulan atau beberapa tahun sebelum bisnes bermula seperti biasa.

Kriteria hartanah kediaman yang dibahagikan kepada Zon A/B/C atau apa-apa pun kategori, mungkin akan jadi kurang relevan lagi pada masa hadapan. 

Kriteria berhampiran dengan tempat kerja atau pengangkutan awam mungkin hanya akan jadi kriteria “bagus untuk ada” sekiranya dijual tanpa harga premium yang terlalu tinggi.

Malah ‘features’ berhampiran dengan pusat beli-belah, tumpuan komersial dan pawagam adalah sesuatu yang bakal menjadi lapuk. 

“Orang gua” yang menghabiskan masa semasa PKP telah menemui satu kepuasan dengan membeli belah atas talian. Tabiat pengguna telah berubah.

JADI, APA YANG KITA BOLEH BUAT SEKARANG?

Bukti anekdot menunjukkan bahawa harga hartanah telah turun antara 10% hingga 30%, bergantung pada lokasi. 

Saya mengakui bahawa harga anda membeli rumah (entry price) adalah faktor utama dalam kejayaan sesuatu pelaburan hartanah seseorang. Beberapa peluang seperti ini mungkin akan banyak muncul pada masa akan datang. 

Walau bagaimanapun, saya menggesa anda untuk berhati-hati mempertimbangkan perkara berikut :

  1. Berdasarkan kaji selidik Jabatan Statistik Malaysia, 83% pekerja tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk dua bulan. 72% daripada orang yang bekerja sendiri mempunyai simpanan untuk hanya 1 bulan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa ia akan mengambil sedikit masa sebelum pembeli anda atau pelabur menstabilkan semula kedudukan kewangan mereka.
  2. Saya sendiri hanya akan membeli hartanah jika saya mempunyai sekurang-kurangnya 12 bulan simpanan, selepas mengambil kira kos bayar muka & kos lain yang berkaitan dengan pembelian hartanah. Lagipun, serangan terbaik adalah pertahanan terbaik.
  3. Bergantung dengan siapa anda bercakap, kesan Covid-19 terhadap ekonomi hanya akan pulih selepas tempoh satu hingga empat tahun. Oleh itu, jangan harapkan tawaran harga di bawah pasaran (BMV) anda untuk melambung ke langit selepas beberapa tahun. Jangka masa panjang – 10 tahun atau lebih sebelum anda melihat ekuiti yang bermakna dalam pelaburan anda
statistik ekonomi covid19 Peraturan Baru Pelaburan Hartanah

Secara ringkas, sekarang ada dua senjata paling kuat di dunia iaitu kesabaran & masa. 

Sekiranya anda mempunyai 2 senjata ini bersama ditambah pula dengan kuasa pegangan yang kukuh – Pelaburan anda kemungkinan besar akan menuai hasil yang banyak. 

Jika tidak, tawaran hartanah BMV boleh menyeret anda ke perangkap tanpa sedar. 

Setuju?

MC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *