Harini saya ditanya oleh seorang tuan rumah, “Why do you want exclusive?”
Ada banyak sebab kenapa saya mahu ambil lantikan eksklusif dari tuan rumah untuk jual rumahnya.
Sebagai seorang REN (real estate negotiator), menjual rumah client adalah ibarat melakukan satu pelaburan.
Dalam skop tugas, seorang REN akan melaburkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu tuan rumah mendapatkan pembeli.
Antara kos adalah seperti pengiklanan di portal hartanah yang tinggi. Bukan saja harga rumah yang naik, harga iklan pun naik.
Tanya pada diri anda, “If you made an investment, do you want to secure the return?”
Justeru, seorang ejen tidak akan teragak-agak untuk berbelanja lebih untuk eksklusif listing yang sudah dia anggap sebagai pelaburan.
Ramai ejen, ramai prospek pembeli.
“Bukankah jika saya lantik lebih ramai ejen, prospek pembeli juga lebih ramai?”
Ini adalah satu impression yang kurang tepat. Malah sekiranya tuan rumah melantik ramai ejen, berkemungkinan akan berlaku perang harga.
Kita boleh melihat rumah yang sama diiklankan dengan harga yang berbeza-beza walaupun harga sudah ditetapkan.
Hal ini adalah kerana masing-masing akan cuba untuk membawa prospek secepat mungkin. Boleh jadi juga tiada seorang pun ejen yang fokus menjual rumah tersebut kerana berfikiran rumah tersebut akan dijual oleh ejen lain.
Seorang eksklusif ejen, boleh berkongsi listing secara professional & beretika dengan ejen lain. Secara tidak langsung, dapat mengawal harga & memudahkan urusan.
Tuan rumah hanya perlu berurusan dengan seorang ejen sahaja yang bertanggungjawab melaporkan respon dari prospek pembeli. Keselamatan rumah juga lebih terjamin.
Banyak lagi sebab kenapa perlu lantikan eksklusif, cukup setakat ini saja. Selalunya tuan rumah akan beri eksklusif setelah saya berikan poin diatas.
Kalau tak nak bagi eksklusif, kita ambil saja listing tersebut. Rezeki jangan ditolak. Hartanah pertama yang saya jual dulu sebuah semi-D tiga tingkat pun bukan exclusive listing.
Ada rezeki tak ke mana, siap kongsi lagi dengan ejen lain.
Selepas ni nak jual rumah nak beri lantikan eksklusif atau tidak? Tepuk dada, tanya selera.
Tak semua listing saya akan minta eksklusif dari tuan rumah. Ada ciri-ciri tertentu yang saya akan pastikan sebelum minta lantikan eksklusif.