Kenapa Cukai Hartanah Wujud?

Baru-baru ini keluar berita kerajaan Hong Kong mahu mengenakan cukai kepada pemaju hartanah sekiranya ada hartanah yang dibangunkan tidak diduduki dalam tempoh setahun.

Apa sebab kerajaan nak kenakan cukai hartanah?

Selain dari menjadi sumber pendapat bagi perbelanjaan negara, cukai juga merupakan satu mekanisme untuk mengawal atau menggalakkan sesuatu industri atau sektor perniagaan.

Sebagai contoh RPGT / CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) diperkenalkan bagi mengawal spekulasi dalam pasaran hartanah.

Keuntungan akan dicukai & kadarnya mengikut tempoh hartanah itu disimpan.

Baru-baru ini Kementerian Kewangan mengenakan 5% cukai keuntungan harta tanah kepada semua hartanah yang dijual selepas tahun ke 6. Sebelum ini tiada cukai bagi hartanah yang dijual selepas tahun ke 6.

Stamp duty bagi pembelian rumah dari pemaju diberi pengecualian di bawah program HOC (Home Ownership Campaign) untuk pembelian rumah pertama bernilai RM300 ribu sehingga RM1juta.

Stamp duty (duit setem) juga dikenakan atas perjanjian pinjaman dan perjanjian sewa. Cukai tanah & cukai pintu pula dikenakan kepada pemilik atau penyewa.

Cukai-cukai lain yang terlibat dalam hartanah adalah cukai pembangunan (development charges) & conversion fees yang dikenakan kepada pemaju.

Sekian. Jika ada soalan, ajukan di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *