Isu Nilai Pasaran Berbeza Antara Banker dengan Valuer

Kenapa boleh berbeza Nilai Pasaran masa Verbal Indication dengan Official Valuation Report.

Apabila anda menyemak nilai pasaran dengan bank, dan bank beri nilaian kepada anda. Itu dipanggil : VERBAL INDICATION VALUE.

Verbal Indication Value ini subject to Inspection. Inspection akan dilakukan oleh Valuer.

1. Maklumat hartanah yang diberikan semasa Verbal indication tidak tepat. Terutamanya berkenaan luas.

Contoh, masa saya jadi valuer, banker maklum luas bangunan teres ini adalah 2200 sq.ft. sebab ada renovation dapur dan bilik.

Tapi semasa inspection, valuer akan ukur dan kira dengan lebih tepat.

Rupanya 2200 sqft itu ada termasuk Ancillary Floor Area (AFA) iaitu ruang car porch, ruang beranda, balkoni dan seumpamanya. Kos untuk membina AFA tidak sama dengan Main Floor Area (MFA) iaitu ruang utama rumah, ruang tamu, bilik tidur, dapur, stor dan seumpanya.

Jadi 2200 sqft itu sebenarnya gabungan dari MFA dan AFA malah kadang-kadang tak sampai pun.

Kenapa ini berlaku?

Sebab owner yang beritahu. Bukan dari floor plan sebenar atau tiada floor plan tambahan renovation yang dapat approval dari majlis. Jadi ia hanya anggaran kasar sahaja.

2. Keadaan rumah. Bila sampai waktu inspection. Ya Allah rupanya rumah usang, dinding pecah, leaking merata-rata which is bukan didalam good condition. Ini juga faktor Verbal tak sama dengan formal Valuation report. Masa beri Verbal Valuer beranggapan rumah berada dalam keadaan baik.

3. Valuer memang tersalah beri Verbal Indication Value. Kadang-kadang nama condo hampir sama. Nama taman hampir sama. Jadi tersalah beri. 😪

Ini antara perkara yang realiti berlaku.

Saya pon kadang-kadang sedih kalau perkara ni berlaku. Ya lah pembeli dah happy loan lulus nak masuk rumah baru. Tup tup masalah ini berlaku.

Jadi hati-hati dalam memberi maklumat untuk checking value. Pastikan tepat.

Jangan sebab nak bagi sampai Value kita mengada adakan sesuatu. Plaster ceiling la, kitchen cabinet la, extend 10 kaki padahal extend 8 kaki je pandai2 genap kan.

Jadi hati-hati ye ejen semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *