Tadi salah satu polisi baru dalam Bajet 2020, warga asing boleh beli rumah bermula harga RM600k sahaja.
Sebelum ini kerajaan terdahulu menetapkan harga minimum RM1 juta.
Dengan polisi ini, maka tiadalah lagi ‘dorongan’ untuk para pemaju membina rumah yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Apabila had pemilikan direndahkan ke RM600 ribu, maka ia hanya akan membesarkan lagi ‘property bubble’ yang kini sudah tidak mampu tertanggung dengan kurangnya demand dari pasaran tempatan.
Adakah warga-warga asing ini akan terus menetap di sini (seperti skim MM2H) atau hanya untuk menjadi spekulator hartanah jangka pendek yang akan lebih merosakkan pasaran hartanah Malaysia?
Yang untungnya ialah para pemaju tamak yang membina rumah sewenang-wenangnya untuk mengejar keuntungan.
Kerajaan sepatutnya ‘mengajar’ pemaju-pemaju tamak ini, bukannya ‘menyusukan’ mereka.
Selepas ini harga rumah akan lebih meningkat naik kerana sudah ada pembeli yang sudi membeli rumah-rumah mahal ini dari luar negara.
Akhirnya, yang tersisih ialah penduduk tempatan Malaysia, dan bandar-bandar besar akan dihuni oleh warga asing.
Madness!