Sudah bertahun-tahun rakyat Malaysia umumnya berpendapat yang membeli rumah itu adalah antara perkara pertama yang patutnya dilakukan oleh fresh grad.
Kerana ianya satu ‘keperluan’.
Kerana ianya aset yang ‘sentiasa’ naik harganya.
Kerana kalau beli kemudian akan ‘rugi’.
Bagi aku hujah tu semua hanyalah separa betul.
Ianya keperluan. Tetapi sewa dan duduk rumah parents pun boleh.
Harganya selalu naik di Malaysia. Tetapi realitinya tidak wujud aset yang harganya ‘sentiasa’ naik. Banyak je rumah yang harganya dah jatuh.
Ada banyak kes di mana orang beli rumah kemudian menyesal memiliki rumah tersebut. Tidaklah mereka itu juga di dalam ‘kerugian’?
Beli rumah ini ibarat berkahwin
Dari dulu nasihat aku dalam membeli rumah sentiasa sama.
“kalau jumpa rumah yang disukai. Di dalam harga yang mampu dimiliki, belilah”
Jangan rushing nak beli rumah sebab orang kata ‘rugi’ kalau beli lewat
Jangan beli sebab orang memperli kita masih duduk di rumah parent atau menyewa
Jangan beli sebab tertipu dengan propaganda yang membeli rumah itu sentiasa menguntungkan.
Beli rumah ini benda long term commitment. Ianya ibarat seperti perkahwinan. Lepas kita dah beli je, tidak semudah itu untuk kita menjualnya kembali.
Risiko beli rumah
Ada yang sudah beli rumah baru tahu rumah itu ada masalah paip yang senang bocor.
Ada yang sudah beli rumah baru rasa menyesal, sebab jauh dari tempat kerja. Akhirnya tidak duduk pun.
Ada pula sebab membeli rumah itu yang dia tersekat tak boleh tukar kerja. Nak pindah nanti jauh pulak.
Ada lagi malang ingatkan rumah dibelinya boleh dijadikan passive income. Positive cashflow. Rupa-rupanya bleeding RM500 sebulan!
Lepas beli pula rumah asyik kena repair itu ini.
Akhirnya jadilah macam sekarang. Rumah lelong tengah membiak macam cendawan.
Realiti pasaran rumah sewa
Sebab realitinya harga pasaran sewa sekarang jauh lebih murah daripada beli. Untuk rumah yang sama kadar sewa hanya RM1,400, tetapi kalau beli bayaran bulanan akan setinggi RM3,400. Perbezaan sebanyak RM2,000 sebulan!
Aku pernah menumpang rumah ibu bapa. Pernah beli dan duduk rumah sendiri. Dan pernah juga menyewa rumah orang.
Menumpang rumah ibu bapa sendiri sangat menjimatkan kos. Memang akan ada yang pandang serong. Tapi pada masa sama orang akan pandang serong juga anak yang jarang ziarah ibu bapa di rumah. Jadi jangan peduli apa orang cakap.
Menyewa rumah sangat memberikan kita fleksibiliti. Kita mudah untuk berpindah rumah kalau ada yang kita tidak suka dengan rumah itu. Ianya juga sangat sesuai untuk yang baru berkahwin memahami rumah macam mana yang kena dengan selera mereka.
Membeli rumah pula kita ada kebebasan. Kita rasa secured sebab itu rumah kita, tidak ada risiko dihalau tuan rumah. Nak paku tampal gambar pun tak rasa bersalah.
Cuma kita mungkin ada benda tak suka dengan rumah itu. Tapi kita tak boleh buat apa sebab rumah itu sudah dibeli.
Nak jual? Dah 3 tahun dan harga rumah kawasan tu tak pernah naik.
Harga rumah sentiasa naik?
Realitinya melainkan musim bubble yang berlaku pada fasa tahun 2007-2012, yang juga fasa membiak macam cendawan golongan ‘property guru’, harga rumah tidaklah naik 10-20% setiap tahun.
Pada tahun-tahun yang normal, kenaikan harga rumah hanyalah dalam kadar 3-4%. Untuk negara yang menuju aging population, kadar itu adalah lebih rendah lagi.
Kena ingat kelebihan membeli rumah pertama adalah besar.
Daripada gunakan kelebihan itu untuk membeli rumah di saat gaji kita ciput, dan beli rumah murah, baiklah kita biar cashflow positif. Simpan duit bebanyak, nanti boleh terus beli rumah idaman dengan menggunakan kelebihan yang diberikan untuk rumah pertama.
Tak kiralah duduk tumpang rumah parents, sewa rumah atau beli rumah, pastikan keputusan kita Itu selepas kita dah menilai semua benda untuk kebaikan dan kemampuan kita. Jangan terpengaruh dengan stigma dan persepsi masyarakat umum.