Apa yang anda perlu tahu tentang Mark Up Loan?

1) Mark Up loan ini boleh dikira sebagai tipu bank. Kita dapat tawaran beli murah (bawah market value) tapi beritahu beli pada market value.

2) Tujuannya untuk dapatkan loan paling tinggi dan minima downpayment. Kalau boleh loan 100% harga beli sebenar atau lebih lagi baik.

3) Ejen & REN secara professionalnya tidak patut mencadangkan mark-up loan.

4) Jika pembeli meminta untuk mark-up loan, Ejen & REN perlu bertegas dengan LOP dan resit perlu dicatatkan dengan nilai sebenar pembelian. Sebarang ‘penipuan harga’ itu diuruskan oleh lawyer S&P dan banker.

5) Banker perlu tahu ini kes mark-up semasa application. Jika banker minta LOP & resit harga mark-up katakan tak buat, jadi banker akan ada cara mereka sendiri untuk tipu kan atau mereka tunggu lawyer S&P buatkan S&P.

6) Jika banker sanggup tipukan dokumen, loan application boleh bergerak sekarang. Jika tunggu S&P lambat lagi lah.

7) Jika tunggu S&P, baiknya guna satu lawyer yang berkecuali (tak kenal penjual dan pembeli secara peribadi). Lawyer akan buat dua agreement. Satu agreement harga tipu yang akan dimatikan setem (untuk apply loan) dan satu agreement tambahan menyatakan harga sebenar.

8) Oleh kerana lawyer fees berdasarkan agreement yang mati setem (lebih mahal harga lebih mahal fees), maka perbezaan fees penjual perlu ditanggung oleh pembeli kerana dalam kes ini pembeli yang mendapat keuntungan. Selalunya lawyer tahu apa nak buat.

9) Kena juga lihat adakah penjual kena RPGT. Mark-up akan menyebabkan RPGT penjual bertambah. Pembeli kena bayar pertambahan RPGT penjual.

10) Walaupun pembeli boleh mark-up loan jadi 100%, pembeli masih kena ada 3.18% deposit (agent fees) dan baki boleh dirundingkan samada hendak guna EPF tetapi tidak boleh tunggu daripada loan.

Nota: Ini yang saya ajar REN saya. Tapi saya tahu ada macam-macam REN buat di luar sana asalkan ada sales. Nasiblah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *