KopiHartanah diwujudkan atas dasar mahu menjadi portal yang menerbitkan topik-topik berkaitan hartanah yang tidak bias hanya kepada pelabur atau kepada pemaju.
Kami cuba mencari topik pelbagai tidak terhad hanya kepada tip beli rumah sahaja, malah akan masuk lebih dalam sehingga tip dekorasi rumah.
Kami juga melihat banyak salah urus dalam jual beli hartanah di Malaysia yang turut melibatkan perunding hartanah.
Iyalah, bukan semua orang ada SOP yang sama.
Tetapi semua perunding hartanah ada peraturan yang sama yang mesti kita ikut.
Kami berharap agar portal ini juga dapat menjadi rujukan para perunding hartanah di Malaysia untuk terus maju dalam kerjaya.