MRTT/MLTT
1. Apabila kita tambah liabiliti, jangan lupa ambil sekali takaful nyawa.
2. Sekurangnya, bila kita ‘tiada’, keluarga terjaga dan tak pening kepala. Kerana belum tentu keluarga kita tahu mengurus liabiliti hutang yang kita buat. Ada rezeki, waris boleh jadi multi-millionaire free.
3. Masa depan anak isteri juga terjaga (jika mereka pandai urus duit dan tak melebur di pertengahan jalan).
4. Hartanah yang memang niat nak disewa, MRTT atau Reducing Term pun sudah mencukupi. Kosnya murah tetapi nilai pampasannya berkurang mengikut TAHUN.
Ada kemungkinan jika interest rate meningkat terlalu tinggi, manfaat pampasan MRTT yang diterima tidak mencukupi dan pewaris perlu menjelaskan bakinya.
5. Hartanah yang mahu diduduki sahaja, mahu bayar habis awal atau umur muda/kos MLTT murah, boleh gunakan MLTT. MLTT manfaat pampasan tidak menurun, ‘level term’ aka maintain sahaja.
Contoh, coverage MLTT RM2 Juta,
Jual hartanah lama, beli hartanah baru, coverage maintain shj RM2 Juta biarpun dah masuk tahun ke 15.
Mungkin pada tahun ke 15, masih in ‘one piece’, MLTT itu boleh di’terminate’ dan ada kemungkinan besar MODAL dipulangkan kembali (more or less, depends).
6. Berbanding MRTT, MLTT lebih mahal kosnya.
Tetapi kedua-duanya MRTT atau MLTT, makin berumur kita makin tinggi premium yang perlu dibayar.