KAWAL HARGA MELALUI MASS SUPPLY

Kenapa harga rumah naik

Mengapa harga rumah naik mendadak?

Bila soalan ini ditanya kita mula salahkan orang lain. Salahkan pemaju tamak, salahkan spekulator tamak, salahkan kerajaan tidak kawal dan macam-macam lagi.

Yang jarang kita buat adalah fikirkan solusinya.

Sebelum itu kita kena faham beberapa perkara:

1. Harga rumah naik kerana ‘supply tidak mampu menampung demand’.

2. Nisbah rumah berbanding penduduk di Malaysia sebenarnya tidak mencukupi

Untuk mengelakkan kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi, seharusnya banyak projek perumahan besar dilancarkan dengan banyak rumah daripada jenis yang sama (cuma rekabentuk berbeza) dibina.

Apabila rumah-rumah ini siap dan memasuki pasaran ‘sub-sale’ tidak banyak peningkatan harga berlaku kerana bukan sahaja penjual berkenaan menjual malah ada berpuluh-puluh rumah lain yang sejenis juga sedang dijual.

Ini akan menyebabkan pembeli ‘subsale’ mempunyai banyak pilihan dan tidak perlu menawarkan harga yang tinggi kepada penjual. Keadaan ini bermaksud “over supply”.

Terdapat persoalan jika over supply berlaku maka terdapat masalah baru seperti bangunan yang lusuh tidak didiami. Bagi saya ia tidak seserius bangunan komersil yang menyakitkan mata. Sedikit demi sedikit ia tetap akan dipenuhkan kelak.

Apabila pasaran sub-sale sentiasa berlebihan, ia akan menyebabkan harga sentiasa terkawal, dan pemaju tidak dapat menjual projek baru terlalu mahal.

Harga rumah baru bukan berdasarkan kos dan keuntungan. Tetapi ia digalakkan oleh harga rumah subsale di kawasan sekitar (kalau untung atas kertas memang akan dibina). Pemaju akan mengikuti harga pasaran subsale sebelum menentukan harga jual rumah baru mereka.

Jadi kita mesti ‘suka’ jika pemaju bina rumah dalam skala besar. Itu menjamin harga rumah di kawasan itu tidak naik mendadak dalam masa pendek.

Nota:
Bukan untuk rumah mewah dan mahal.

Hamizi Hamdan

Hamizi Hamdan

Hamizi Hamdan merupakan seorang perunding hartanah berdaftar di bawah IW Properties Nilai.

Tinggalkan pandangan dan kritikan