Home Ownership Campaign – HOC

Hai semua, hari ini Abang KBS ingin memberi sedikit maklumat tentang pertanyaan ramai tentang Kempen HOC yang bermula awal tahun 2019 dan telah dipanjangkan tempoh sehingga hujung 2019 ini. 

Untuk makluman semua HOC ini hanya termaktub untuk rumah yang dibeli antara pembeli & pemaju. Perlu ditekankan bahawa rumah SUBSALE TIDAK TERLIBAT. 

Jemput baca yaa 

Home Ownership Campaign (HOC)

Latar belakang.

1. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, peratusan unit hartanah yang tidak terjual adalah pada kadar yang membimbangkan.

2. Abang KBS berpendapat bahawa, hartanah tidak terjual ini berkemungkinan harganya masih lagi belum mampu untuk ditanggung untuk sebilangan besar rakyat.

3. Oleh sebab inilah HOC ini diperkenalkan via Bajet 2019 untuk naikkan kebolehupayaan pembeli untuk beli rumah.

====================================

Ada apa dengan HOC?

1. Bagi rumah yang berharga RM300,001 hingga RM1Juta, akan dapat pengecualian penuh setem duti. Tidak perlu bayar!

– Free Memorandum of Transfer (MOT)

2. Untuk rumah yang berharga RM1,000,001 hingga RM2.5juta, perlu bayar 3% duti setem ke atas balance selepas dari RM1juta. Contoh harga rumah RM1.2juta, duti setem itu dikira 3% daripada RM200,000.

3. Duti setem untuk dokumen perjanjian pinjaman bank juga diberikan pengecualian tetapi untuk harga rumah bernilai bawah daripada RM2.5juta.

4. Pembeli rumah akan dapat discount 10% daripada harga rumah daripada pemaju.

====================================

Syarat-syarat HOC

1. Urusan jual beli hanyalah antara developer dan buyer rumah sahaja. Dalam kata lain rumah SUBSALE TIDAK TERLIBAT dalam HOC ini.

2. Harga rumah yang berharga RM300K ke atas.

3. Sales & Purchase Agreement Hartanah dijual mestilah disetemkan dalam jangka masa 1 Jan 2019 hingga 31 Dec 2019.

4. HOC hanya untuk jualan hartanah daripada pemaju yang didaftarkan dibawah:

  • Real Estate and Housing Developer Association (REHDA) bagi semenanjung Malaysia
  • Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA) bagi area Sabah.
  • Sarawak Housing and Real Estate Developers Association (SHEDA) bagi area Sarawak.

5. Hartanah yang dibeli adalah untuk kediaman saja

dan bukan bertujuan komersial.

6. Tiada batasan jumlah rumah yang boleh dibeli oleh pembeli.

====================================

Berapa banyak dapat Jimat?

Contoh Harga Rumah :                 RM 500.000

Anggaran Duti setem:                      RM 11,250

Jumlah yang perlu dibayar:            RM 511,250

Tapi dengan adanya Kempen HOC, anda tak perlu bayar untuk caj duti setem malah dapat discount 10 % daripada harga rumah.

Discount 10% :                 RM 50,000

Duti setem:                       RM 11,250

Jumlah penjimatan:          RM 61,250

====================================

Semoga maklumat ini boleh dimanfaatkan untuk semua.

Rujukan:

Abang KBS

Abang KBS

Ariff Dzulfakar, atau lebih dikenali sebagai Abang KBS merupakan seorang perunding hartanah berdaftar yang menjalankan aktiviti di sekitar Kajang, Bangi, dan Semenyih (KBS). Gemar memancing dan memasak.

Tinggalkan pandangan dan kritikan